Monday, 20 May 2024

Roti Oh Roti

Bila dah lama tak meroti, ada yang bertanya. Dah ada yang rindu kot.
Berniaga ni kadang berisiko, kadang habis dan tak cukup. Kadang tak habis.
Roti macam akak ni hanya bertahan 3 ke 5 hari, tu depend atas roti apa akak buat. Akak tak guna bahan pengawet.

Kata homemade kaan hihii. Semalam akak buat roti mini jer. Actually dah lama akak berjual jenis mini.
Faktor ekonomi, minda kita terganggu kan. Biasa jual rm2.50, terasa agak mahal jika nak membeli banyak untuk yang family ramai.
Maka akak olah dan ubah kepada saiz mini, sebiji rm1.50.

Makan pun tidak membazir, size mini ni boleh makan 2-3 kali gigitan. Size biasa 5-6 gigitan. Kadang tak habis, dah rugi.
Laa ni jangan membazir weh. Barang mahal sekarang ni.

Ni roti akak jual dalam taman perumahan akak jer. Hanya satu doh sahaja. Ni extra yang tinggal.
Kalau tak habis, jangan bersungut. Kerana apa??
Kerana Allah dah tetapkan, itu rezeki anak anak akak. Mereka suka roti roti macam ni.

Niat akak awal belajar, memang belajar sebab anak anak suka makan roti dan niat seterusnya adalah untuk tambah income.
So, tak boleh bersungut yea.
Peringatan untuk diri sendiri hahaha. 





Yang penting, bila anak anak kata sedap. Ia memang sedap hihihi. Jangan marah aaa. Anak anak adalah tester pertama setiap produk akak. Dulu, arwah suami juga tester terbaik akak.
Umpama pegawai quality control.

Alhamdulillah. Syukur selalu.


💜Kak Noorma 💜

No comments:

Post a Comment