Assalamualaikum.
Syawal dah berlalu, kini menanti Aidil Adha pula kan. Sejak sebelum Ramadhan hingga kini akak diuji sakit pinggang yang kejap sakit dan ejap kurang. Allahuakbar, hanya Allah tahu akan rasa sakit ni dan hanya DIA yang tahu kenapa diberikan ujian ini kepada akak.
Walaupun diuji sakit, akak kena berkuat untuk berjuang demi keluarga. Almaklum dalam masa sama, abang kandung akak juga diuji sakit yang agak teruk. So, akak bantu dia galas tugas harian dia untuk hantar dan ambil isteri serta anak anaknya.
Plus, kadang mak akak pun sakit. Mudah tak sedar dan kerasukkan. Pernah sampai kena tahan wad. Akak terpaksa jaga sebab wad perempuan walaupun saat itu masih sakit, cuma akak bersyukur pada Allah kerana disaat itu, sakit akak ditangguhkan rasanya. Just sakit tu rasa ringan jer.
Lepas mak discaj, balik ke rumah sakit pun datang semua. Agaknya nak suruh akak rehat tapi amanah akak pikul niii siapa boleh ambil alih.
Okey tu alkisah ujian akak.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bila dah ujian datang, dan akak tak boleh nak meroti makanya income juga makin ketandusan. Syukur alhamdulillah Along dah mula bekerja dengan guru silatnya. Dapatlah bantu akak dan adik adiknya sikit.
Syukur juga, Jumaat lepas ada tempahan roti dari customer baru. Mula tu rasa sanggup tapi bila tiba masanya, sakit makin teruk. Nak berdiri tegak tak mampu. Nak menolak, customer dah buat payment dan duit dah guna untuk beli modal meroti.
Doh pertama dan kedua menjadi lembik, Allahuakbar. Rasa nak gelap mata. Akak duduk dan tenangkan diri seketika. Angah datang dan menenangkan keadaan akak.
Akhirnya, Allah bagi idea. Syukur Ya Allah, akhirnya siap juga. Lewat 3 pagi baru tido. Besoknya customer minta hantar sebelum jam 11.30 pagi. Hari Jumaat pula tu.
Lepas hantar Bongsu ke sekolah, akak terus packing dan lelap seketika. Bimbang takut kena micro sleep nanti. Biasa jam 11.15 pagi akak dah gerak ke sekolah anak. Almaklum, paring selalu penuh dan sesak.
Pesanan akak:
Bila diuji, ambil masa untuk bertenang seketika. Tarik nafas dan selawat atau istighfar. Ya Allah, aku terima ujianMU. Tapi Ya Allah, bantulah aku selesai isu ini dengan tenang dan berjaya dengan sempurna walaupun aku bukan manusia yang sempurna. Bismillahitawakal tualallah lahaulawalaquwataillahbillah. Aamiin.
Kak Noorma.
No comments:
Post a Comment