Sunday, 31 March 2024

Segalanya Hanya Pinjaman

Kadang aku terlihat kuat dek kerana aku sering senyum dan ketawa.
Tapi dibalik semua itu, ada tangisan yang tersembunyi. Dek kerana kelelahan menahan segala rasa.

Segalanya tak lama tersimpan kerana aku meletakkan segalanya pada yang SATU, yang BERHAK aku mengadu.
Saat ditanya, adakah perlu sosok seorang suami?
PASTI dan sangat pasti jawapannya TIDAK. 

Aku punya tanggungjawab dan amanah yang dipertanggungjawab dan diamanahkan kepadaku dari DIA.
Semuanya atas ATURAN-NYA bukan aturanku.

Kuatku kerana Allah yang kuatkan.
Tabah dan sabarku kerana Allah yang kurniakan.
Tenangku kerana Allah yang berikan ketenangan padaku.
Yang ada padaku hanya jasad dan roh yang sampai masa akan dipulangkan kembali.

No comments:

Post a Comment