Monday, 4 March 2024

Kenangan Lalu


Hai korang.
Imbas kenangan tatkala terjumpa barang barang kenangan.
Ia tentang kerinduan. Nak nak pula, bulan Febuari adalah bulan ulangtahun arwah. Manakala bulan March, bulan arwah meninggalkan kami.

Bila datang bulan March, akak serba salah nak sambut harijadi anak bongsu. Kerana tarikh ayahnya pergi, 4 hari sebelum tarikh harijadinya.
Alhamdulillah, 2 tahun ni ulangtahun kepergian arwah jatuh bulan Ramadhan. Boleh bersedekah buat arwah suami dan kedua mertua akak.

Tentang gambar di atas. Alat check tekanan darah ni dibeli tahun 2006, masa akak lahirkan permata hati sulung yang kembar tu. Akak kena hypertension, so bersalin awal.

Nak pantau tekanan, arwah belikan alat ni. Kemudian, arwah guna untuk dia pula. Seiring arwah meninggal, alat ini tak digunakan lagi. Seolah tamat mengikut arwah.
Lama alat ni berjasa pada kami.

Selalu akak check tekanan arwah dulu bila dia rasa tak sedap badan. Kadang arwah check akak. Begitulah kami.

Kenangan tak boleh diputar kembali atau dibeli dimana mana. So, takde istilah move on. Kerana ia kenangan yang Allah berikan kepada kami, nikmat bahagia cara kami.

Siapa tak takut akan kehilangan kaan?
Siapa pula yang mahukan perpisahan macam ni?
Segalanya takdir Allah, rahsia Allah. Kita pasti akan lalui. Cuma bagaimana cara kita Allah ambil. 
Amalan belom lagi cukup, Ya Allah aku takut. Bimbinglah kami dijalan MU agar kami diangkat ke Syurga tanpa dihisab. Aamiin Ya Rabbal Alamiin.

No comments:

Post a Comment