Sunday 17 April 2022

Hadiah Syawal In Advance


Taraaa....
Hadiah Syawal untuk mak akak dah sampai. Cantik kaan botolnya.
Ini adalah perfum aromaterapi. Tercium harumannya, jiwa rasa tenang dan nyaman jer. Apatah lagi jika duduk dalam kawasan berhawa dingin, tersebar harumannya. Bayangkan berapa ramai yang dapat merasai jiwa yang tenang seperti kita.
Agak agak dapat pahala tak sebab kita bagi orang lain berasa tenang saat mereka tak keruan emosi?

Tu urusan Allah, tapi kita boleh niatkan semasa pakai. Mana tahu asbab saham pahala kita di sana nanti. Daripada kita sebarkan haruman yang menggoda, nauzubillah.

Sesuai yang selalu panic attack, berdebar dan sarat emosi. Tak percaya, cuba lah.

No comments:

Post a Comment