Dalam hidup ni, jangan pernah buntu mencari jalan, mencari cara untuk teruskan perjalanan.
Hidup kita, kita yang rasai bagaimana onaknya.Selagi kudrat ada, manfaatkanlah. Itu anugerah Allah. DIA melihat bagaimana kita mensyukuri akan anugerahnya.
Tapi jangan pernah lupa bila kita selesa, siapa dibelakang kita sehingga kita berjaya.
Sedetik kita lupa, Allah boleh bila bila masa sahaja tarik nikmat itu.
Ingat saat kita membesar, ada kudrat orang tua yang melimpah limpah, Ada juga kudrat keluarga yang berkorban untuk membantu. Pandang belakang bukan untuk mengungkit tapi kenang sedikit.
Bukan main petik jari nak itu ini dapat, tapi ada yang berkorban memberi ruang. Sangkaan akan berbakti dikemudian hari. Tanpa hampa belaka.
Akan kujadikan pengajaran dalam hidup dan mendidik anak anakku ini erti kehidupan yang kian keras ini. 4 tahun aku berdiri tanpa tulang belakangku, arwah suami. Kadang goyah kadang rebah.
Tapi demi 3 permata aku dan 2 pintu syurgaku, aku bertahan. 2 pintu syurga yang kian meniti waktu senja mereka, sering sakit.
Demi sebuah kejayaan, aku kuatkan semangat tetapi untuk capai kejayaan, aku tak mampu tinggalkan mereka. Itu amanah yang perlu aku bawa dan pegang. Kejayaan penting, amanah ini juga penting. Dunia dan akhirat harus aku bawa bersama.
2 minggu dan tinggal lagi 6 minggu, harus aku tempuh. Bangun seawal 3 pagi bersiap dan bergerak pukul 4 pagi menuju ke Jerantut untuk menuntut ilmu sebagai trainer Amway.
Ye, ada yang cakap " ko ni nak buat bisnes apa? Macam macam buat, orang nanti tak percaya".
Betul. Tapi untuk sampai yang boleh aku pegang erat, aku kena cuba semuanya. Biar mencuba dari duduk sahaja, saat memerlukan aku juga yang dicari.
Kondem mengkondem memang makanan orang bisnes. Sebab itu hati kena kental.
Cuma kali ni aku nekad. Atas sokongan upline aku yang sanggup turun bantu aku untuk berjaya seperti mereka, aku tak persiakan. Insyaa Allah.
Aku mohon restu 2 pintu syurga ku untuk merestui dan meredhai perjalanan hidupku ini. Aku ingin berjaya. Niat pertama aku, aku nak bawa mak ayah dan anak anak buat umrah dengan hasil usaha aku. Pakej yang selesa untuk beribadah dan menginap. Kalau dapat kami sebilik masa buat umrah nanti. Aamiin Ya Allah Ya Rabb Ya Mujib.
No comments:
Post a Comment