Salam Syawal Semua
Macam mana hari ni? Dah bekerja ke tu?
Macam mana hari ni? Dah bekerja ke tu?
PKP ni ramai yang kerja dari rumah je kan. Macam akak, opkoslah. Cuma bezanya, akak bisnes dari rumah. Bisnes pun kerjaya juga kan.
Bagaimana emosi kita hari ni?
Yea, di mana mana channel semuanya ada isu semasa yang menyentuh jiwa raga kita semua.
Bukan hanya nombor kes Covid 19 yang makin bertambah, malah isu Palestin juga. Allahuakbar. Ujian besar orang Muslim kita.
Adakah kita berdiam, bermakna kita tak menyumbang apa apa? Salah tu. Selain memperjuangkan dan berjuang, berdoa juga satu senjata orang Muslim yang Allah dah nyatakan dalam Al Quran.
Banyak cara Allah sarankan pada kita kaan. Solat sunat pun boleh.
Bersedekah kepada mereka, juga tanda kita berjuang menyokong mereka.
Macam kami berniaga, setiap jualan kami ambil beberapa bahagian untuk disedekahkan. So, jangan kecam kami yang berniaga seolah kami tidak peka pada isu semasa.
Kita berjuang bersama sama dengan pelbagai cara kita. Tapi, elakkan maki hamun. Itu bukan contoh yang baik Nabi kita ajar.
Berbalik pada tajuk kita, macam mana nak tenang?
Kena tahu apa masalah kita? Apa yang buatkan kita runsing dan duk mikir sokmo tu.
Kenapa kita fikirkannya secara tekanan.
Duduk sendiri seketika, renung awan dan persekitaran kita. Tarik nafas elok elok, tahan beberapa saat dan hembus perlahan lahan melalui mulut.
Nak bagusnya, setiap langkah itu kita iring dengan zikir.
Tarik nafas, dalam hati sebut Subhanallah.
Tahan nafas, sebut Alhamdulillah.
Hembus pula, sebut Allahuakbar.
Buat beberapa kali sehingga merasai ketenangan. Kalau ada Minyak Terapi (essential oil), aromakan yea. Ketenangannya berganda tau.
Bila dah tenang, fikirkan apa perlu kita ubah dan rancang pada isu permasalahan kita. Catat je kat kertas semua idea or plan yang terlintas di fikiran kita tu.
Paling bagus, amalkan solat sunat. Solat tahajjud, solat taubat dan hajat disebelah malam hari. Siang, solat dhuha pula dan zikir Istighfar sebanyak mungkin. Tapi zikir yang dirasai tau. Sebab kita bukan nak kuantiti tetapi kualiti.
Memandang keindahan dan kurniaan yang Allah dah kurniakan kepada kita, yang kita terlupa nak syukuri. Contoh paling dekat, nyawa yang masih dikandung badan. Masih mampu bernafas dengan baik.
Macam akak, akak ada belajar ilmu hakikat. Ilmu hakikat ni, kita belajar kenal diri dan kenal Allah. Nak sampai peringkat ni kena lalui yang asas, supaya mudah faham.
Kadang dah belajar asas, masih tak faham. Itu hidayah Allah, DIA yang memberi.
Dimana kita belajar faham tentang kehidupan kita, perjalanan hidup kita. So, bila disini kita faham bahawa hidup ini semuanya dalam perancangan Allah. Setiap apa yang berlaku, Allah Maha Tahu.
Makanya, zikirkan ayat Surah Al Ghaffir ayat 40 tatkala dilanda masalah or tekanan.
Lafazkan kepada Allah, "Ya Allah, Sesungguhnya aku menyerahkan segala urusanku ini kepadaMU, sesungguhnya ENGKAU Maha Mengetahui akan keadaanku."
Lafazkan kepada Allah, "Ya Allah, Sesungguhnya aku menyerahkan segala urusanku ini kepadaMU, sesungguhnya ENGKAU Maha Mengetahui akan keadaanku."
Kalau ingat, akak ada sharekan lagu "Wujudku BayanganMU". Pengertian di dalam lagu ini amat dalam. Bila dihayati, difahami insyaa Allah kita akan faham akan setiap yang berlaku kepada kita ini Allah tahu.
Manusia, pandangannya terbatas. Tetapi Allah tiada satu zarah pun terlepas dari pandanganNYA walaupun kita berjuta, berbillion bilangannya. Dibantu para Malaikat kiri kanan kita dan sekeliling kita. Subhanallah.
Bila kita tahu hakikat ini, kita tidak mudah sombong dan ego. Kita mulai merendah diri dan tidak lagi mempertikaikan setiap ujian yang datang.
Yea walaupun terkadang teremosi, itu normal kerana kita manusia biasa. Kita tak sehebat Nabi Muhammad SAW.
Banyakkan selawat ke atas Baginda, moga kita mendapat syafaatnya.
Okey habiiis. Korang baca sampai habiis ke? Terima kasih tau. Cer komen sikit, akak nak tengok siapa yang selalu follow akak ni.
Moga Allah sentiasa merahmati, melindungi dan memberkati kita semua hingga ke akhir hayat kita.
Aamiin Ya Allah Ya Mujib.
No comments:
Post a Comment