Monday, 11 February 2019

Journal Baru

Assalamualaikum w.b.t

Tiada yang berlaku tanpa pengetahuanNYA. Baik atau buruk sesuatu itu, hanya asbab untuk sesuatu.
Mungkin dulu bila diuji, kita meroyan menyalahkan takdir. Dulu Kak Maz juga begitu. Nama pun manusia biasa.

Sejak berumahtangga dan dicabar pelbagai ujian, Kak Maz tak pernah lagi menyalahkan takdir. Sebaliknya belajar menerima. Dari belajar dan belajar tentang kehidupan, Kak Maz susuri ilmu tenaga yakni aura. Orang tak percaya, itu hak mereka. Khurafatlah. Syiriklah. Semua itu atas kita meletakkan sesuatu dalam diri kita.

Gabungan tenaga aura dan cakra, kita kenal diri kenal Allah dengan lebih dekat. Salah ke kenal Allah dengan lebih dekat? Selagi ia tidak melanggar hukum yang Allah dan Nabi Muhammad, Kak Maz pelajari.

Kita boleh rasa, jiwa kita dekat dengan Allah makanya hati lapang dan tenang. Ibadah terjaga dan kian baiki dari hari ke hari.


2019
Tahun baru, hijrah baru dan gaya hidup baru. Sikembar sudah pun melangkah selangkah ke alam remaja. Pelbagai cabaran yang perlu mereka tempuhi. Tersalah melangkah, perlu diperbaiki dan bukan dihukum seperti mana mereka kanak-kanak. Apatah lagi, berstatus anak yatim.

Terkadang airmata berlinangan merindu arwah ayahnya. Terkadang menitis airmata tatkala teman teman bergembira dengan ayah masing masing.
"Ibu, kami rindu ayah. Biasa waktu awal sekolah dan daftar,ayah bersama."
"Ibu, kami cemburu tengok kawan kawan ada ayah."

Bagi yang pernah kehilangan ayah disaat kedewasaan, mereka tahu nilai kesedihan dan kerinduan itu.
Bagi yang tak pernah, tolonglah jangan tahu bicara yang menyakitkan. Akal Allah beri bersama hati yang lembut, pandanglah mereka dan letakkan diri ditempat mereka.

Orang yang tidak berkahwin, kehilangan mak ayah sangat menyedihkan. Tetapi yang dah berkahwin, kehilangan pasangan, kesedihan dan keperitan itu sungguh perit.


Setahun berlalu kisah luka, kehilangan masih terasa. Eh eh, bukan Kak Maz tak terima takdir tau. Ramai sangat yang suka salah baca kan, pastu salah memahami. Kak Maz tak marah pun.

Kak Maz dan anak anak redha seredhanya. Menulis, bercerita dan menangis itu adalah terapi merawat kesedihan. Apatah lagi bila ada rezeki yang menghadiahkan Al Fatihah buat arwah serta mendoakan Kak Maz.
Asbab itu, kami lebih kuat dan tabah. Bukan senang orang nak doakan kita tau. Terima kasih buat yang mendoakan kami.

Bisnes

Alhamdulillah, bertambah tempahan tetapi kekadang kena jadualkan. Hari hari persekolahan Kak Maz agak sibuk. Dan usia sebegini dan kekurangan makan herba dan jamu, bertambah tambah lemau. Kadang malu dengan makyah, mereka dah 70an baru sakit sakitan. Kak Maz baru mencecah 40an.

Sambutan temosa kembali memanaskan dapur Kak Maz. Alhamdulillah, ada pembantu. Mesin pengguli dan makyah yang sama minat dalam bidang bisnes dan masakkan.

Hajat nak buka pasaran lebih luas lagi. Doakan Kak Maz yea.

Terima kadih kerana sudi membaca blog Kak Maz. Moga kalian dirahmati Allah Taala.

No comments:

Post a Comment