Hai hai semua
Kak Maz kembali beraksi di dapur. Sekian lama membekukan diri menguruskan hal anak anak yang agak tenggelam timbul emosi.
Emosi kehilangan seorang ayah tercinta.Tunjang utama keluarga kami berpaut kasih dan sayang.
Emosi perpisahan bersama sahabat sahabat baik mereka. Tempat mereka meluah rasa hati bersama. Menangis bersama.
Emosi perkenalan yang menggerunkan jiwa mereka kerana mereka mangsa buli rakan sekolah.
Episod demi episod terpaksa dilalui dan diredahi. Seusia muda mereka, tahap mana lah sangat mampu menahannya. Ibulah segalanya kini.
Ibu juga ada masanya bermain emosi, separuh jiwaku hilang. Kembali bangkit dan rebah berkali kali untuk berjuang. Namun dicekalkan hati setiap kali merenung 3 pasang masa si kecil yang kian membesar membina kematangan.
Kini Kak Maz bangkit melunaskan hajat dan amanat arwah suami tercinta untuk meneruskan bisnes ini. Alhamdulillah.
Dengan modal yang arwah bekalkan untuk kami, dapatlah Kak Maz membeli pembantu yang tak perlu dibayar upah kederatnya. Ringan sikit risiko jemariku terseliuh.
Dah seminggu kembali membuat karipap frozen, temosa frozen dan roti sosej frozen. Alhamdulillah sambutan masih lagi menyengat pintu pintu wasap Kak Maz.
Yea, Kak Maz dah bersedia untuk terus bersedia dengan masa depan yang telah Allah rencanakan buat Kak Maz.
Maaf yea, sebelum ni Kak Maz terpaksa menolak tempahan kalian kerana tuntutan menjaga arwah suami hingga hujung hayatnya.
Cabaran Pertama Dihujung 2018
Buat pertama kalinya Kak Maz memanjangkan tempahan produk sejuk beku dari Pahang ke Kuala Lumpur dengan menggunakan khidmat bas ekspress. Dan disambut oleh sahabat Kak Maz, Wana Runner dan Qina Runner.
Mereka adalah sahabat yang boleh dipercayai membantu menghantar produk ini kepada pelanggan Kak Maz di sana.
Alhamdulillah, adik adik ini Kak Maz sayang macam ahli keluarga sendiri. Jalinan kasih sayang inilah mengeratkan perhubungan baik kami.
Nak Buat Tempahan?
Sila hubungi Kak Maz di talian 0163961956
www.wasap.my/60163961956/frozen
Selamat Malam Semua. Sayang kalian.
Maziana Zainal
No comments:
Post a Comment