Mereka serasi beraksi bersama. Umpama kembar tetapi tidak.
Rentak tercipta atas kerjasama dan kreativiti mereka berdua. Syukur alhamdulillah.
Tetapi entah mana silapnya, Bongsu ibu tidak lagi mahu meneruskan persilatannya. Along juga seperti menarik diri.
Persilatan dah tak seindah seseronok dulu, zaman cikgu tertanya.
Cuma apa yang boleh diperkatakan akak, sesuatu perkara itu haruslah nawaitu yang benar. Barulah bawaanya benar.
Mendidik ini bukan senang. Kuasa dipegang direbut, tak ke mana perginya. Tetapi itu amanah yang berat.
Berikrarlah sekuat suara, jika hati itu tidak selari dengan bicara dengan tujuannya maka songsanglah ia.
Pincanglah semuanya.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment