Wednesday, 8 October 2025

Sabun Pemutih Awesome

Akak suka tengok orang pakai baju putih. Tapi sokmo bila cuci jer, baju jadi kekuningan. So, bertapalah ia dalam almari. Laa, simpan pun boleh makin kuning baju. Stres weh.

Pernah guna clorox, tak juga putih. Kain makin menipis. Sayang weh.
Akak pun try sabun Amway ni.
Letak sikit jer. Campur dengan sabun pencuci kain biasa. 
Akak rendam dalam setengah jam, baru setting mesin untuk cucian.
Koraang, tengoklah hasilnya. Masya Allah, menjadi weh. Alhamdulillah.

Bagusnya sabun ni, korang campur baju berwarna masa cucian. Ia tidak merosakkan baju lain. Sebaliknya kotoran degil pada baju tu, pun hilang.

Best kaan.

Ingin dapatkan sabun pencuci superb bagus ni? PM akak yea.

Aku Memilih Ketenangan

Rindunya


Mereka serasi beraksi bersama. Umpama kembar tetapi tidak.
Rentak tercipta atas kerjasama dan kreativiti mereka berdua. Syukur alhamdulillah.

Tetapi entah mana silapnya, Bongsu ibu tidak lagi mahu meneruskan persilatannya. Along juga seperti menarik diri.
Persilatan dah tak seindah seseronok dulu, zaman cikgu tertanya.

Cuma apa yang boleh diperkatakan akak, sesuatu perkara itu haruslah nawaitu yang benar. Barulah bawaanya benar.

Mendidik ini bukan senang. Kuasa dipegang direbut, tak ke mana perginya. Tetapi itu amanah yang berat.
Berikrarlah sekuat suara, jika hati itu tidak selari dengan bicara dengan tujuannya maka songsanglah ia.
Pincanglah semuanya.

Wallahualam.

Nak SPM, No Stress

Masa berlalu pantas! SPM tinggal hanya beberapa hari lagi…


Debarnya makin terasa bukan saja pada anak-anak, tetapi juga pada ibu bapa yang setiap hari berusaha memberi sokongan dari segala sudut.

Namun semakin dekat tarikhnya, ramai ibu ayah mula perasan perubahan pada anak. Mata kelihatan letih, buku ditatap lama tetapi isinya sukar diingati. Emosi pula mudah terganggu, cepat marah, cepat kecewa, cepat putus asa.

Sebagai ibu ayah, kita selalu fikir lebih banyak ulang kaji adalah jawapannya.
Tetapi hakikatnya, otak yang penat dan tidak cukup tenaga tidak mampu menyimpan semua ilmu dengan baik.

Persediaan sebenar bukan hanya tentang berapa lama mereka belajar, tetapi bagaimana minda dijaga supaya kekal fokus, bertenaga, dan mampu menyerap setiap ilmu.

Bila minda sihat, belajar jadi lebih mudah. Tapi bayangkan jika minda anak lemah… berjam-jam ulang kaji pun boleh berakhir dengan keputusan yang mengecewakan.

Jadi, ibu ayah, fikirkan kembali. Adakah anak anda benar-benar sudah bersedia untuk SPM? Ingat, kejayaan bukan hanya bergantung pada nota yang dibaca, tetapi sejauh mana minda mereka benar-benar bersedia berjuang di medan peperiksaan.

✨ Otak Bijak, Hidup Hebat

#Boosterminda
#VitaminMindaNo1
#OtakBijakHidupHebat
#EskayvieMindtropic
#Eskayvie

Berminat? Klil link di sini www.wasap.my/60163961956/Mindtropic

Penghujung 2025

Assalamualaikum
Sedar tak sedar, dah penghujung 2025. Macam macam kejadian terjadi. Macam biasa, lumrahnya alam. Ada suka, duka, bahagia, gelaktawa dan tangisan.

Bagaimana korang hadapi semua tu?
Semoga korang semua masih boleh bertahan dan tempuh semuanya dengan aman aman sahaja yea.
Sihat sihat selalu dan dalam perlindungan Allah sentiasa. Insyaa Allah.

Jom amalkan bersama ayat ini, semoga menjadi asbab rezeki kita bertambah tambah dan diberkati Allah sentiasa. Rezeki yang hadir tanpa disangka sangka. Allahumma aamiin Ya Allah Ya Mujib.

KakNoorma
8 Oktober 2025