Friday, 4 June 2021

Rindu Awak Separuh Nyawa

Siapa pernah tengok drama di Astro Ria 10 malam? Drama yang dimainkan mengikut novelnya tapi diubah sedikit mengikut kesesuaian jalan cerita.

Sepanjang Ramadhan, cerita ni banyak mainkan scene yang buatkan kami kami ni mengalir airmata. Bagaimana layanan seorang suami yang egois. Sayang tapi melukakan hati isteri. 

Tapi minggu ni pula menyaksikan bagaimana perasaan seorang suami tak keruan bilamana terlepas bicara terhadap isterinya, dan isterinya terlibat dalam kebakaran. Ratapan seorang lelaki yang hampir meroyan setiap masa. Menyesali segala tingkahlakunya pada isteri. Tetapi dia yakin isterinya masih hidup kerana belom terbukti DNA mangsa mangsa itu adalah isterinya. 

Tiba timbul persoalan dari anak anak akak, " ibu, ibu rasa arwah ayah akan jadi macam ni ke kalau ditakdirkan ibu yang pergi dulu?".

Arwah pernah cakap, "Sayang, kalau boleh kaan biarlah abang yang pergi dulu dari sayang. Abang tak mampu kehilangan sayang. Macam mana nak handle penyakit abang dan anak anak. Silap silap abang letak anak anak kat mak dan abang ikut sayang."

Begitu hebat sayang arwah pada akak. Takdir Allah, abang yang pergi dulu. Yea, abang cakap saya mampu hidup tanpa abang sebab saya kuat dari abang. Abang cakap lagi, abang tunggu sayang di sana.

Kalau sayang dah sampai syurga, saya tunggu abang dan abang cari sayang. Abang nak sayang jadi bidadari abang disana. Kalau abang sampai dulu, abang akan tunggu dan cari sayang dan anak anak.

Time lockdown ni emosi tak mampu nak lock memori lama. Gara gara anak terdetik bertanya tatkala tengok lakonan Syukri Yahya membaw watak Nazril.

Apa pun, akak bersyukur pernah miliki hati arwah Zalikin Bin Idrus. Al Fatihah buat arwah.

No comments:

Post a Comment