Monday 17 April 2017

Tempahan ~ Karipap Goreng Dan Temosa Frozen

Tempahan ~ Karipap Goreng Dan Temosa Frozen
Teks : Noormaziana Zainal Abidin
puanmazianazainal@gmail.com


Assalamualaikum wbt,
Syukur yang teramat bahagia Kak Maz panjatkan kepada Allah swt kerana dengan izinNYA blog ini tergolong dalam carian google anda.

Terima kasih guru Kak Maz, Puan Masayu Ahmad. Beliau telah membimbing Kak Maz sehingga ke garisan penamat. Ya, ia bukan mudah tetapi In Shaa Allah ia berbaloi.

Sekali lagi carian " Temosa Frozen" menambat hati pelanggan. Tempahan demi tempahan Kak Maz dapat, alhamdulillah. Dan dari respon pelanggan yang lalu, kuih Kak Maz sedap katanya. Tak rugi membeli dan akan membelinya lagi.

Kali ini Kak Maz mendapat tempahan untuk Temosa Frozen dan Karipap Goreng.
Kenapa sebut karipap goreng? Karipap je lah 

Kak Maz kan jual Karipap Frozen, yang belum dimasak. Cuma kali ini pelanggan minta yang telah siap digoreng.

Dan inilah cabaran, bilamana pelanggan mahukan ia siap seawal 6 pagi. Wah! Lama Kak Maz tak bangun seawal ini untuk menyiapkan kuih.

Usaha jangan pernah mengalah, teruskan walaupun payah. Kerana kejayaan sedang menanti kita dengan gah. In shaa Allah, doakan ya.


Tempahan karipap goreng mencecah 200 biji manakala untuk sejukbeku, Kak Maz kena sediakan dalam 100 biji.


Temosa yang ditempah adalah dalam 50 biji. Walaupun sedikit, Kak Maz kena sediakan stok sejukbekunya dalam 100 biji juga.

Kenapa?
Sebab, permintaan kuih ini unik. Bila seseorang dah merasa, mereka mohon untuk membeli pula. 
Ada sesetengah tu, bila tengok gambar. Terus teringin nak menempah dan merasainya.
Kekadang, ada yang ingin menempah secara mengejut. Biasanya bila kenduri di saat akhir.

Rezeki itu milik Allah, kita harus berusaha dan memohon kepadaNYA untuk membuka hati-hati manusia. Kerana hati manusia ini, juga milik Allah.


Maziana Zainal 
Bisnes Sejuk Beku (Frozen Food)
0163961956

No comments:

Post a Comment