Sunday, 29 August 2021

Nasi Goreng Sempoi


Ada masa buntu nak masak apa, nak makan apa. Korang pernah macam nii? Biasa yang terlintas adalah nasi goreng.

Nasi goreng akak malam ni ada 2 jenis. 1 untuk bonda akak dan 1 lagi untuk kami anak beranak.
Bonda akak tak boleh makan pedas.

Bahan mudah je. Bawang putih, bawang merah, halia, ikan bilis. Bonda punya menu akak hiris lada besar jer. Anak anak punya, akak blend dengan serbuk cili.


Senang. Mudah. Sedaap.
Pekena dengan sambal budu, petai jeruk dan sambal kicap.
Sambal kicap ni akak ajar menu mudah. Kicap pekat manis, perahan lemon dan cili padi. Tu jer. Sedap weh.

Lastly leoas makan, pekena secawan kopi CEO. 
Manakala sebelum tido, pekena air lemon panas. Kita detok diik.

Okey, selamat malam. Mimpi indah indah tau. Doa jangan pula lupa.


 

Friday, 27 August 2021

Terubat Kerinduan


Kerinduan ini dah lama akak pendam. Rindu akan aroma kopinya yang dan rasanya.

Kopi CEO ni banyak bantu akak masa bersama arwah suami dulu. Nak tambah income, akak bantu dia berniaga. Buat kuih untuk jual diopis, ambil tempahan dan sejukbeku. 

Kopi ni juga bantu akak bila driving jauh jauh. Arwah dulu tak boleh bawa kereta, so akaklah drive sorang sorang. Dia jaga anak anak.
Sebelum memandu, akak minum dulu secawan. Pastu akak bancuh siap siap dalam termos. Bila mengantok, akak berhenti dan minum dulu. Arwah pun suka.

Losyen dia pun best. Time peranakkan jatuh. Faham fahamlah rasa sakit dia macam mana. Kadang tu memang tak boleh bawa bincang. Bidan pula busy.
Akak sapu losyen ni dan pakai korset. Akhir sekali, opkoslaah akak tawakal jer. 

Bangun pagi rasa best. Sejak itu laah akak jarang panggil bidan. Sampai bidan pun pelik. Lastly dia tanya awat lama tak berurut. Nak jaga hati dia, yealah sian dia nak cari rezeki kaan akak minta dia urut.
Dia boleh tanya akak makan apa coz peranakkan akak elok terletak. Besenya setiap kali urut, pasti peranakkan kena sengkak.

Bila dah bagitau apa akak buat, dia siap minta akak orderkan untuk dia berniaga pada pelanggan dia yang pernah ada masalah macam akak. Akak jadi bahan testimoni laah. Haha

Lately ni akak rasa kembung perut, dah sapu macam macam tapi tak jalan gak. Akak mula teringatkan losyen ni. Terus try risik risik. Alhamdulillah, CEO dia sendiri yang reply akak. Ya Allah, humble sungguh orangnya.

Sampai jer kopi ni, mak terus suruh bancuhkan. Yea, dulu akak memang selalu supply ke mak. Terus sendawa dia. Memang bagus kopi nii. Nak nak yang nak berdiet. Minum pagi, belom tentu petang rasa lapar.

Okeylah, dah lewat pagi ni. Selamat beradu korang. Assalamualaikum


Kak Noorma

Syukurilah


 

Tersenyumlah

 


Wednesday, 25 August 2021

Terapi Mandian Garam & Bunga


Hai korang.
Tengah buat apa tuu? Stress ker. Oh no, jangan lelama. Jom jom pi mandi mandi garam, kita detok energi tak best tu. Bahaya tau kalau pendam, boleh jadi kemurungan dan anxiety.

Nauzubillah, moga Allah melindungi kita dari emosi tak best ni yea.

Kak Noorma nak sarankan kat korang 2 jenis terapi mandian. 
1. Terapi Mandian Garam Bukit
2. Terapi Mandian Bunga

Terapi mandian garam bukit kita amalkan untuk detok/menyahkan energi dan emosi tak best. 
Detok ni tak perlu kita mandi setiap hari. Kita mandi time ada isu jer.

Manakala terapi mandi bunga pula kita amalkan sebagai booster/membaikpulih emosi dan energi kita supaya on point.
On point tu maksudnya nampak cantik, berseri, berkarisma dan beraura positif.

Orang macam mana yang sesuai?
Usahawan
Berkerjaya
Surirumah
Orang bermasalah emosi, gelisah dan tiada keyakinan diri.

Kalau berminat, korang boleh hubungi Kak Noorma jer


~Kak Noorma~

Selamat HariJadi Kembar Ibu Ayah

Memang saja tunggu detik 12 tengah malam, 25 Ogos. Selamat harijadi anakanda sulung ibu ayah, Along dan Angah.

Moga jadi anak yang soleh, bijaksana dan berakhlak mulia. Menjadi penyumbang pahala kepada ibu dan ayah, yang menyelamatkan ibuayah dan keluarga tersayang.

Kehadiran korang memang impian ibu dan arwah ayah. Kelahiran korang disambut dengan penuh kesyukuran oleh semua ahli keluarga. Walaupun ibu terpaksa berjuang dibilik bedah tanpa ayah. Takut hanya Allah je tahu. Rupanya yang menanti, juga ketakutan lebih dari ibu hahaha.

Kehadiran Adik, pelengkap kebahagiaan kita sekeluarga. Time adik, ayah boleh teman ibu hihihi.

Jom kita nyanyi sama sama. 




Kami terakhir kita bersama arwah ayah di Pantai Teluk Cempedak Kuantan. Kiut sangat korang masa ni, maybe dalam usia 11 tahun. 

Sekarang dah cecah 15 tahun, dah tinggi daripada ibu. 2 tahun persekolahan kalian tertunda dan bermula pembelajaran secara online. Belajar dari rumah. Entah bila akan berakhirnya pandemik ni. 

Ke sekolah kena pakai pelitup muka. Tak lama lagi kena ambil suntikkan Vaksin macam ibu, aku dan opah. Tu pun belom selamat, masih kena follow SOP. Kena pakai pelitup dan pelindung muka.

Allah telah membataskan hubungan sosial sesama manusia. Yea, Allah ingin melindungi hambaNYA dari kemungkaran. Insyaa Allah.

Redha. Ikhlas. Pasrah
Seterusnya serah segalanya kepada Allah dan bertawakallah. Pasti ada solusinya nanti. Lambat atau cepat, itu urusannya. Kita usah buat kerja Allah.

Ahamdulillah. Syukuri setiap nikmat, rezeki dan kesempatan yang masih berbaki.
Al Fatihah buat semua yang mendahului kita bertemu Allah.
Al Fatihah buat arwah ayah korang.

Friday, 4 June 2021

Gardenia Sapu Susu


Bila malam hari, perut lapar. Siang tadi makan kueh tiow sebab teringin dari bangun tidur tau. Dah macam orang mengandung mengidam weh. But I'm not, okey.

Pi dapur memang dah takde kueh tiow, airtangan akak arini menjadi rebutan ramai. Hahaha. Alhamdulillah.
So yang ada roti gardenia. Cari kaya, habiis. Aduh, nak lawan apa ni?
Sekali terpandang ke tin susu pekat manis. Terus teringat masa arwah ada dulu, tu laah feberet dia bila lapar tengah malam.

Masa arwah ada, akak tak makan coz manis kaan. But malam ni akak try, so yummy okey.
Ingat dulu arwah request ke akak, " Sayang, buatkan abang roti sapu susu. Lepas tu kapit 2 keping. Nak 2 set tau." 

Itulah. Bilamana orang tersayang kita telah meninggalkan kita, segala kenangan tentang dia mulai memenuhi ruang ingatan. Apa dia suka makan, suka buat, even dengkur dia puuun kita ketagih nak dengar.

Secara jujur, kami tak banyak gambar bersama berdua mahupun sekeluarga. Banyak tak banyak, masa kat I-city. Siap buat video. Maybe masa tu dia dah rasa yang dia akan pergi buat selamanya.

Rindu tiada penghujung. Bagaikan baru semalam bersama, gelak tawa, berpeluk, menangis bersama.

Arwah pernah tanya, "Sayang, bila abang tiada nanti kaan sayang buat tak macam dalam radio klasik tu. Rancangan pukul 5 petang, Nas Adila. Ceritakan tentang kita."
Allahu, belom ada idea dan bagaimana nak bercerita, ia terlalu istimewa buat diceritakan. Panjang, bagaimana nak diringkaskan. Lagu apa yang sesuai.

Cukuplah hanya kami yang tahu dan mereka yang rapat tahu kisah kami. Takut tak terbendung dek airmata cinta, kasih dan sayang kami buat dia.

So, hargailah selagi ada. Sengketa usah panjang panjang. Berdamailah sebelum ia berakhir diambil Illahi.