Friday, 7 March 2025

Ramadhan Datang Lagi

Salam Ramadhan. Hari ni hari ke 5 umat Islam menjalani ibadah puasa.
Setiap kali puasa, soalan pertama anak anak "ibu, dah berapa tahun kita puasa tanpa ayah?"

Yea, mereka rindu. Akak pun rindu.
Ramadhan terakhir arwah bersama kami, arwah telah imamkan anak anak solat berjemaah di rumah. Malangnya waktu itu akak datang bulan.
Itulah yang pertama dan terakhir arwah laksanakan.
Genap 8 tahun tanpanya.

Ramadhan kali ni, kami menolong pokteh anak anak a.k.a abang akak berniaga ayam bakar di rumahnya.
Pengalaman anak anak bersama anak abang berniaga.
Ayam Badong, ayam bakar dalam tong drum. Yea memang sedap. Makan bersama sos thai.

Dalam Ramadhan ni, ada juga tempahan untuk moreh.
Tempahan roti dan nasi lemak ayam. Masyaa Allah, alhamdulillah. Rezeki Allah Taala.

Untuk pegang dengan yakin, sangat payah tetapi wajib haqqul yakin dengan Allah.
Sesungguhnya rezeki itu Allah yang kurniakan melalui pelbagai cara. Antaranya melalui manusia sebagai perantaraan sebagai pembeli, penyumbang dan pembantu.

Lambat atau cepat rezeki itu hadir, semuanya atas ketentuan Allah. Kerana DIA Maha Tahu dengan KebijaksanaanNYA.

Hasbunallah waknikmal waqil.
Cukuplah Allah sebagai penolongku.
Tiada daya upayaku melainkan dengan izinNYA, pertolonganNYA. 
Aku berserah dan bertawakal sepenuhnya kepadaNYA dan penuh keyakinan. Sesungguhnya DIA Maha Memakbulkan, Allahumma Allah Ya Mujib.

Aamiin aamiin aamiin Ya Rabbal Alamiin.

Thursday, 16 January 2025

Kelendar Jawa 2025

Kali ni kita share pula kalendar Jawa. Siapa sini orang Jawa 🙋.

Cer cite kelebihannya.

Wednesday, 1 January 2025

Selamat Datang 2025

Assalamualaikum semua sahabat yang singgah di blog akak.

Selamat menyambut tahun baru 2025 dan Salam Rejab buat semua umat Islam. Lagi 2 bulan kita akan berpuasa kaan, yakni bulan mulia bulan Ramadan.

Pagi tadi anak no 2 berbicara dengan akak, " ibu, tahun ni dah 7 tahun kita tak berpuasa dengan ayah kaan?"
"Taklah, dah 8 tahun kita tak berpuasa bersama arwah ayah.Tahun ayah meninggal, kita tak sempat nak berpuasa. 
Cer kita kira bersama 2018, 2019, 2020, 2021, 2022, 2023, 2024 dan 2025. Betulkan?

Apa pun yang berlaku, bukanlah sesuatu yang dijadikan untuk satu penyesalan tetapi sebuah pengajaran.

Pengajaran yang ada ganjaran dari Allah asbab sebuah keedhaan dalam menerima ujiannya.

Kematian, sesuatu yang pasti berlaku pada semua orang. Bertahan bagaimana sekalipun, andai itu takdir kita maka tiada yang dapat menghalaginya.

Waallahualam.

Thursday, 12 December 2024

Kalendar Islam 1445-1446H (2024-2025).

Dah nak habis tahun 2024 rupanya. Hanya berbaki beberapa minggu sahaja.

Pernah kita tahu tak pasal kalendar Islam?
Hanya time nak puasa dan raya jer kaan. Cer ngaku 🙋🤭🤭

Akak pun sama. Tapi bila dah berumur kita dan kita belajar tentang terapi, kebanyakkannya mengikut kalendar Islam.

So jom tengok bulan ni bersama bulan apa dalam kalender Islam kita.

Nombor berwarna hitam adalah kalendar biasa kita. Manakala warna pink adalah tarikh dalam kalendar Islam, dalam tahun hijrah.

Contoh tarikh hari ini, 12 Disember 2024. Dalam kalendar Islam tarikhnya adalah 10 Jamadilakhir 1446H.

Korang nak tahu tahun depan apa tarikhnya?
Jom akak share kan di sini. Kita sama sama manfaatkan keberkatan tarikh Islam. Insyaa Allah.

Haa, cari apa tu? Intai tarikh nak puasa yea.
Agak mencabar tahun depan ni. Puasa dan raya dibulan yang sama. Buka sekolah lagi.
Besar belanja kita kaan.

Sejak tukar tarikh persekolahan, budget kita lari jauh. Tu belom lagi isu harga, masyaa Allah.

Tambahan bonus akak share kan disini, tarikh semua orang suka. Tarikh cuti 🤭.
Ops, ni tarikh peristiwa dalam Islam.

Semoga bermanfaat pada semuanya. Assalamualaikum.

Sunday, 8 December 2024

Marah Membutakan Mata Hati

Mengapa dalan Islam banyak menekankan tentang sabar?
Yea, sabar itu sebahagian daripada Iman. Nampak mudah kaan?

Amarah itu bunganya hasutan syaitanirrajim. Mereka memang suka kita marah, lantas berbalah.
Akak antara mangsa nafsu amarah.

Hilang kawalan minda. 
Hilang rasa sabar.
Hilang rasa hormat.

Rasa ingin menang. 
Rasa ingin menegakkan kebenaran.
Rasa ingin segalanya benar.

Allahuakbar. Saat amarah memuncak, nasihat tidak dapat diterima dengan baik. Mahu semua orang menyatakan "kau dipihak benar, dan yang salah".

Ya Allah ampuni aku Ya Allah Ya Ghaffur. Aku khilaf dengan emosiku nafsuku.

Setelah tenang.
Setelah ku serahkan segalanya hanya kepada DIA.
Setelah dada ini terasa aman dan lapang.

Maka, Allah hadirkan rasa rasional. Allah Ya Fattah, Allah yang Maha Membuka Segalanya.
Yea, aku salah dengan khilaf nafsu amarahku.
Tapi....
Walau berjuta tapi yang hadir, yea...perbuatanku tetap salah.

Saat ini baruku sedar setiap patah kata dari guruku.
Tembok dan lautan pantai.
Anjing dan gunung/bukit.

Allah. Allah. Allah. Allah. Allah. Allah. Allahuakbar.
Berpeganglah pada nawaitu, berpautlah pada hati serta minda dan bergantunglah kepada Allah.
Insyaa Allah kita bisa teguh seteguh tembok, sekuat gunung dan bukit.
Walaupun badai ombak menghempas. Walaupun anjing menyalak kuat.
Segalanya tetap utuh disitu.

Ya Allah, jagakan qalbuku dan qalbu orang orang yang menyayangiku dan yang aku sayangi agar sentiasa husnuzon dan diakhir hayat kami, kami pulang dalam husnulqotimah.
Aamiin aamiin aamiin ya Rabbal Alamiin.

Friday, 6 December 2024

Ujian Demi Ujian

Bukan keluh yang ingin diceritakan tetapi bagaimana rasa yang pelbagai rasa dirasai.

Sabar. Sabar lagi dan lagi, berulangkali. Down teruk? Itu pasti dirasai.

DiKhianati, rasanya sangat sangat sakit terutama jika ia orang terdekat kita. Bermuka muka, itu permainan ya.

Domba sana sini cerita berundur fitnah tetapi dibilangi dirinya difitnah. Allahuakbar, sedih dibuatnya. 
Adakah tiasa rasa takut akan azabnya Allah?
Ya, insan narsistik tiada pernah ingin mengalah malah menyalahkan orang lain demi menutupi khilafnya sendiri.

Peliknya, ramai pula yang mempercayainya. Tentu sahaja mereka juga menyebarkan ke serata alam selagi mulut masih boleh berbicara.

Menguatkan fakta, maka hukum Allah dipermainkan. Melakonkan watak seolah diri dikhianati.
"Aku serahkan segalanya pada Allah, biar Allah membalasnya."

Jika ia doakan dari orang yang dizalimi, maka tiada hijabnya. Tapi pernah terfikir jika sipolan yang menzalimi orang lain dan berdoa seolah dia dizalimi, bagaimanakah doanya Allah angkat.

Tak terbayang olehku. Bimbang azab Allah yang menghukumnya kembali. 
Adakah mereka sedar akan akibat atas doanya? Wallahualam.

Aku tak tahu apa rahsia Allah menghadiahkan ujian ini kepada kami. Ujiannya sangat berat. Tapi aku harus tempuh dan rempuh jua. Aku tak tahu apa hikmahnya. Yang aku tahu, aku tak boleh mengalah.

Perjuanganku berat. Amanah yang diamanahkan ini berat.
Ada yang melihat perjalananku dengan hati yang baik.
Ada yang menjeling sisi mata dan menidakkan apa yang aku lakukan.
Ada juga yang menghasut malah memfitnahku.

Apakah aku harus berundur?
Ya, berundur demi kebaikkan. Tetapi bukan berundur asbab pengkhianatan yang dari awal telah berniat.

Allah Tidak Pernah Tidur.
Allah Ya Bashir, Allah Yang Maha Melihat.
Allah Ya Saami', Allah Yang Maha Mendegar.
Allah Ya Alim, Allah Yang Maha Mengetahui Segalanya.

Maka, Hasbulnallah Wanikmal Wakil.
Allah Sebaik baik penolong bagiku.

Wednesday, 4 December 2024

Mengapa Kita Tak Sedar

Sedarkah kita, mengapa Allah kurniakan kita kiri dan kanan?
Yea, untuk kestabilan dan keseimbangan. Lagi?

Telinga kita ada kiri dan kanan kaan. Adakah kita menggenakan sebaliknya kedua telinga kita untuk sehatian hidup kita?

Tutup telinga kiri, kita hanya mampu mendengar suara dan bunyi dari kanan sahaja. Manakala dari kiri sipi sipi sahaja.

Begitu juga jika kita tutup telinga kiri. Kecuali jika tutup keduanya. Haa, langsung tak dengar apa apa bukan?

Allah itu sebaik baik Pencipta, mencipta telinga kiri dan kanan supaya kita dapat mendengar dengan baik dari kiri dan kanan agar kita adil.
Adakah kalian faham maksudnya?

Begitu juga Allah menciptakan malaikat kiri dan kanan kita. Untuk apa?
Malaikat kanan, mencatat segala kebaikkan kita.
Manakala Malaikat kiri, mencatat segala keburukkan atau kejahatan yang kita lakukan.

Kesimpulannya mudah.
Dalam hidup ini kalau kita hanya mendengar sebelah pihak, maka kita hanya membiarkan fakta atau cerita sebelah pihak lalu terus menghukum pihak itu tanpa usul periksa.
Jika benar, maka tiada apa yang akan tercatat oleh Malaikat sebelah kiri.
Tetapi jika salah, maka tercatatlah pada buku catatan disebelah kiri kita.

Segalanya atas kita. Mahu mendengar sebelah pihak dan menghukum berjemaah atau mendengar keduanya.

Situasi yang tidak difahami dengan jelas. Tak merasai situasi seseorang. Apa yang dilalui.
Tetapi cukup bijak menghukum. Tahniah.

Jangan kufur dengan nikmat Allah kerana bila bila masa Allah boleh menarik kembali nikmat itu.
Bersyukurlah walau sedikit. Waallahualam.