Setiap kali puasa, soalan pertama anak anak "ibu, dah berapa tahun kita puasa tanpa ayah?"
Yea, mereka rindu. Akak pun rindu.
Ramadhan terakhir arwah bersama kami, arwah telah imamkan anak anak solat berjemaah di rumah. Malangnya waktu itu akak datang bulan.
Itulah yang pertama dan terakhir arwah laksanakan.
Genap 8 tahun tanpanya.
Ramadhan kali ni, kami menolong pokteh anak anak a.k.a abang akak berniaga ayam bakar di rumahnya.
Pengalaman anak anak bersama anak abang berniaga.
Ayam Badong, ayam bakar dalam tong drum. Yea memang sedap. Makan bersama sos thai.
Dalam Ramadhan ni, ada juga tempahan untuk moreh.
Tempahan roti dan nasi lemak ayam. Masyaa Allah, alhamdulillah. Rezeki Allah Taala.
Untuk pegang dengan yakin, sangat payah tetapi wajib haqqul yakin dengan Allah.
Sesungguhnya rezeki itu Allah yang kurniakan melalui pelbagai cara. Antaranya melalui manusia sebagai perantaraan sebagai pembeli, penyumbang dan pembantu.
Lambat atau cepat rezeki itu hadir, semuanya atas ketentuan Allah. Kerana DIA Maha Tahu dengan KebijaksanaanNYA.
Hasbunallah waknikmal waqil.
Cukuplah Allah sebagai penolongku.
Tiada daya upayaku melainkan dengan izinNYA, pertolonganNYA.
Aku berserah dan bertawakal sepenuhnya kepadaNYA dan penuh keyakinan. Sesungguhnya DIA Maha Memakbulkan, Allahumma Allah Ya Mujib.
Aamiin aamiin aamiin Ya Rabbal Alamiin.