Sunday 26 February 2017

Untung Jadi Agen

Untung Jadi Agen

Alhamdulillah, saya tak de masalah nak layan agen-agen tersayang. Kita memudahkan kerja mereka. Bila mereka senanghati dan puashati, siapa yang untung?
Tentulah saya 😉

Mereka dah bekerjasama dengan kita dengan baik, dah seribu rahmat.
Kadangkala menjadi leader bukan senang tetapi tidak bermakna kita susah. Bila dalam hati dan minda dah set, bisnes perlu kerjasama maka ianya seolah-olah mudah.

Untung jadi agen bawah Maziana Zainal atau nama pendaftaran bisnes Maziana Shoppe, saya tidak keberatan menunaikan permintaan agen. Jika mereka mahukan saya membuat pembungkusan mengikut order nama pelanggan mereka, saya laksanakan dengan baik.

Mereka punya kerjaya dan bisnes ini sebagai pendapatan sampingan. Mengejar kedua kerjaya bukan senang maka di sini saya memudahkan mereka. Tinggal ambil stok dari saya dan terus buat penghantaran kepada pelanggan. Setiap bungkusan ada nama pelanggan mereka.


Nampak tak?
Kalau ada yang bekerjaya di pejabat dan nak cari pendapatan sampingan, boleh hubungi saya 0163961956.
Kita memudahkan cara, anda ambil tempahan sekitar pejabat. Bila stok dah ada dan siap dibungkus, anda datang ambil dab terus ke pejabat. Hantarlah pada pelangn anda.
Kat sini, anda tak perlu simpan stok lama. Tak perlu freezer.
Boleh kan?
Mudah kan?


Maziana Zainal
Bisnes Sejuk Beku (Frozen Food)

Friday 24 February 2017

Nikmatnya - Jana Pendapatan Dari Rumah

Jana Pendapatan Dari Rumah

Tiada lagi alasan untuk duduk sahaja di rumah. Tiada lagi alasan surirumah tiada pendapatan sendiri.

Sekarang zaman IT, semuanya mudah. Tak perlu kedai atau gerai untuk berniaga. Saya faham kerana saya dulu begitu. Bak kata sifu saya " mental block". Umpama mendengar suara-suara biawak. Emm, faham ke?

Bila semua itu kita tembusi, wow hasilnya luar biasa. Kerjasama, komunikasi dan kecekalan adalah kunci segalanya. Untuk berkat lagi, kita berbahagi rezeki 😍.

Minggu ini saya mendapat tempahan berganda dari agen dan pelanggan. Awalnya cukup pening kerana skop bisnes adalah sama, iaitu kek. Mujur saya ada buat sistem rekod yang tersusun, alhamdulillah. Walaupun begitu, kesilapan mungkin juga akan berlaku kan. Penelitian kena betul dan mencatat dengan tepat.



Dan saat karya ini dicatat, tempahan untuk kali kedua dalam minggu ini telah masuk.
Sesungguh rezeki itu dari Allah. Syuku padaMU Ya Allah..

Terima kasih atas sokongan semua.


Maziana Zainal
Bisnes Sejuk Beku (Frozen Food)


Tuesday 21 February 2017

Redha

LIRIK LAGU IRFAN HARIS – REDHA (OST. SURI HATI MR PILOT)

Tuhan Tolonglah Bukakan,
Cinta Dan Kasih Dalam Hidupku,
Waktu Kan Menyepi,
Kian Pergi Membawaku,
Saat Ternantiku,
Akan Rahmat-mu.
Ku Imbasi Jalan Yang Berliku,
Penuh Gelap Bisa Dan Harusku Takutkan,
Merantai Jiwaku,
Berat Hatiku Menanggung,
Usah Biar Hidupku Tuk Hanyut Lagi.
Tanpa Redha-mu Aku Sakit,
Menahan Rasa Pedihnya Berdosa,
Berikan Sinar Dalam Hatiku,
Saat Bila Engkau Terima Ampunanku,
Terangi Dengan Cahaya Hikmah-mu.
Tanpa Redha-mu Aku Sakit,
Menahan Rasa Pedihnya Berdosa,
Berikan Sinar Dalam Hatiku,
Saat Bila Engkau Terima Ampunanku.
Tanpa Redha-mu Aku Sakit,
Menahan Rasa Pedihnya Berdosa,
Berikan Sinar Dalam Hatiku,
Saat Bila Engkau Terima Ampunanku,
Terangi Dengan Cahaya Hikmah-mu,
Terangi Dengan Cahaya Hikmah-mu.

Kesedihan Bertandang Lagi

Kesedihan itu datang kembali pada tarikh yang sama. Tahun lepas 13 Febuari, ayah mertua meninggalkan kami buat selamanya. Tahun ni, berkongsi tarikh yang sama sahabat baik saya dikhabarkan koma selepas pembedahan.

Allahuakbar...Allahuakbar...Allahuakbar...
Airmata bagaikan tiada benteng untuk menahan rasa sedih ini. Berharapkan agar beliau kembali sihat. Insan yang sangat dekat dengan famili kami, insan yang berhati mulia.

Saban hari, kami menunggu perkhabaran. Hari demi hari teringin melawatnya tetapi dek kerana suhu kepanasan yang agak terik, saya diserang semput berkali-kali. Allah je tahu betapa hati ini ingin sekali melihatnya di HKL.

Jumaat jam 2 petang, suami telefon memberitahu bahawa doktor ingin mencabut bantuan pernafasan beliau kerana beliau disahkan mati otak. Bagaikan gugur jantung saya. Sambil mempersiapkan tempahan, airmata ini seringkali gugur.

Ya Allah, aku akan kehilangan seorang sahabat yang paling memahami, menolong tatkala kami susah dan senang.

Rupanya pihak keluarga mereka berkeras, tak mahu dicabut bantuan itu dan mereka mohon tempoh 48 jam lagi. Dan sabtu lalu, mereka mohon HKL mengizinkan mereka membawa beliau pulang.

Perancangan awal, kami ingin melawat hari Ahad. Kami dah bersiap dan hendak mengunci pintu, suami menghubungi suami kepada beliau untuk bertanyakan lokasi rumah. Kami diberitahu bahawa beliau baru 5 minit menghembuskan nafas terakhir.

Mengigil kami mendengar perkhabaran itu. Mujurlah perjalanan kami mudah dan parking kereta juga terus dapat. Janji Allah untuk mempertemukan kami di akhir perjalanan hidupnya di dunia.

Memasuki pintu surau, saya melihat ramai orang. Saya dapat melihat beliau dari sudut pintu kaca. Menunggu sehingga bacaan doa dan yasin dari orang ramai. Seusai selesai, saya bingkas bangun untuk melihat wajah beliau. 

Ya Allah, sesungguhnya ianya benar. Itu jenazahnya, itu adalah dia. Bagaikan tsunami, airmata saya dan suami berderai-derai keluar tanpa hiraukan semua tetamu. Kami seperti hilang kata-kata, hanya airmata sahaja.

Saya duduk di satu sudut. Melihat orang ramai datang dan melihat jenazah, setiap kali kain muka dibuka airmata sekali lagi gugur.
Terbayang kenangan kami bersama, berniaga bersama di tapak perkhemahan. Saling membantu satu sama lain. Sering berborak panjang sehingga leka.

Awalnya Allah menjemputmu. 
Buat pertama kali saya melihat jenazah dimandikan dan dikafankan. Hidupmu, kita tak pernah berpeluk. Untuk terakhir ini, saya menciumnya. Hati ini terlalu sebak.

Hujan mulai turun saat jenazah disembahyangkan. Suami bertanya, "sudah mahu pulang?"
Saya cakap, saya ingin bersama hingga ke akhir urusan dia. Apalah sangat berkorban mengiringi beliau sehingga persemadian dia yang terakhir, jasa baktinya sangat banyak dan tak terbalas dek kita.

Jenazah diusung oleh para sahabat seperjuangan dan diiringi orang ramai. Melintasi jalan yang sesak dan dalam keadaan hujan renyai, seolah memahami akan kepergian insan terpilih.
Rata-rata sedara mara dan jiran tetangga menyatakan arwah seorang yang sangat baik.

Anak-anak arwah ada 2 orang dan masih kecil. Merengek dekat ayahnya yang masih banyak urusan. Saya dekatnya dan mengajaknya ke kedai. Digenggamnya tangan saya erat-erat, terasa kasih sayang ibunya ketika itu. 

Walaupun dah 2 hari berlalu, setiap kali teringatkan dia airmata akan mengalir pilu. 
Semoga Allah mengampuni dosa-dosamu dan mengangkat amal kebaikkanmu duhai sahabatku Almahumah Nor Azura Mat Afandi. Semoga kau diletakkan di kalangan para solehah. Semoga anak-anakmu menjadi anak soleh dan solehah.


Maziana Zainal

Saturday 18 February 2017

Sahut Cabaran

Sahut Cabaran
Teks: Noormaziana Zainal Abidin
puanmazianazainal@gmail.com

www.mazianazainalabidin.blogspot.com

Kadang-kadang kena cabar ni sesuatu yang bagus. Ye lah, kita kan bekerja sendiri di rumah. Kita lah bos, kita lah pekerja. Macam tak seronok je kan..

Sebab tu saya suka melantik suami sebagai PA ( Personal Assistant), dia harus menasihati saya bila saya buntu. Pendapat kita sendiri, kadang-kadang tak begitu bernas. Kenalah minta pandangan kedua.

Kali ni saya dicabar oleh PA saya untuk menyediakan stok. Setiap jenis kuih mesti ada 50 bekas. Isnin lalu saya sempat siapkan temosa frozen 13 bekas dan hari ini, saya telah siapkan karipap frozen pula 13 bekas. Tetapi, saat ni temosa frozen saya telah habis. Alhamdulillah...

Paling bahagia, bila ada yang cakap temosa saya sedap 😍😋😋. Itulah kepuasan bagi saya.


Oklah, nak mimpi indah malam ni. Mana tahu boleh jadi jutawan. Hahaha, jangan jeles tau.

Tiada kejayaan tanpa usaha, doa dan tawakal kepada Allah.


Maziana Zainal
Bisnes Sejuk Beku (Frozen Food)

Tuesday 14 February 2017

Iklan Spontan

Iklan Spontan
Teks: Noormaziana Zainal Abidin
puanmazianazainal@gmail.com


www.mazianazainalabidin.blogspot.com

Alkisah semalam semasa nak beli nescafe, terpandanglah ubi kentang yang cantik. 1 bungkus 3 kilo pada harga rm6.99. Besar dan bersih je rupanya. Memang tangkap jiwa punyalah.

Minda berfikir kalau tak beli sekarang, belum tentu akan datang secantik ini. Rugi nanti. Saya angkut 2 bungkus ke atas kaunter untuk dikira.

Kashier: Banyaknya kak, buat apa?
Saya: Oo, saya buat kuih frozen dan ni nak buat karipap.
Kashier : Macam mana kira kuih tu?
Saya: Sebungkus rm 4 ada 10 biji. Tetapi, hari ini saya buat temosa dulu.
Kashier: Eh! Kuih apa tu kak?
Saya: Orang sebelah Pantai Timur panggil temosa. Ia karipap sambal ikan.
Kashier: Harga kak?
Saya: Yang ini mahal sikit, sebab ikan tu mahal. Sebungkus rm 5, ada 10 biji juga.
Kashier: Nanti bawakan saya satu yea kak.

Secara spontan atau dikenali iklan mulut ke mulut. Untung bila kita peramah dan semua orang kita buat macam kawan baik. Musuh jangan sesekali kita undang.

Semalam sempat hasilkan 12 bekas sahaja. Sikitnya kak?
Aah dek, buat kerja seorang kenalah berperingkat. Kalau tak, mahu jem badan tau. Ini pun dah sakit lengan sebelah.

Hajat nak buat macam bentuk karipap biasa, tapi penasihat peribadi saya cakap kekalkan tradisi. Itu yang uniknya temosa. Sebab di Kuala Lumpur, mereka buat karipap bulat berintikan sambal bilis or sambal sardin. Kalau orang daeraj say beli, kami akan kecewa, ku sangkakan temosa rupanya bukan. 😨😨😨

Semua saya lakukan sendiri dari memasak inti, menguli tepung, mengelim karipap, memasak separa masak, membungkus dan menyimpan dalam freezer. Alhamdulillah, kerja rutin juga dapat saya laksanakan juga.

Pagi ini mengantuk sangat. Boleh tak nak lena sebentar?
Selamat membaca. Terima kasih sudi membaca.


Maziana Zainal
Bisnes Sejuk Beku (Frozen Food)

Monday 13 February 2017

Temosa Frozen Datang Lagi

Temosa Frozen In The House
Teks: Noormaziana Zainal Abidin
puanmazianazainal@gmail.comcom

www.mazianazainalabidin.blogspot.com

Wah! Rajin mak buat kuih noo. 😍😍
Mahu tak rajin, nak cari pendapatan lebih kenalah rajin sayang-sayang semua. Dan kebetulan ada tempahan dari pembaca blog ini.

Sebelum ni nak buat tetapi kengkangan waktu, segalanya terbantut. Sekarang dah boleh goyang kaki, ekonomi agak mencabar tahun ini. Betul tak?

Pernah kan dengar tentang Temosa? Alah, yang saya cerita dulu, karipap sambal ikan. Haa...pernah dengar kan.

Jom saya belanja sikit gambar hasil temosa saya hari ini, siap bungkus tau. Ini baru namanya frozen (sejuk beku).



Ramuannya:
Tepung, marjerin, ikan segar, bawang, santan, lada hitam, garam dan gula secukup rasa.

Sebekas ada 10 ketul dan harganya rm5.
Jika berminat, sila lah jangan segan silu hubungi saya 0163961956.


Maziana Zainal
Bisnes Sejuk Beku (Frozen Food)

Saturday 11 February 2017

Tuisyen Dirumah

Tuisyen Dirumah
Teks : Noormaziana Zainal Abidin
puanmazianazainal@gmail.com

www.mazianazainalabidin.blogspot.com

Mahalnya kos tuisyen diluar, bayangkan anak 3 orang. Ekonomi kami sederhana sahaja, belum tahap ribuan dan jutawan.😀

Jika tuisyen diluar, anak-anak akan padat jadual harian dan mingguan. Pergerakkan akan terhad dan terikat. Jadi, saya ambil keputusan untuk mengajar sendiri. Berbekalkan ilmu dan pengalaman yang ada, mungkin tidak sukar bagi saya.

Hari ini hari kedua saya mengajar. Masya Allah, mengajar anak sendiri memang mencabar iman kesabaran.
Dan yang paling sedih, bila kita sendiri dapat melihat dsan menilai kelemahan anak-anak. Allahuakbar, apa yang harus saya lakukan. Sikembar akan menduduki peperiksaan besar tahun hadapan.

Kekuatan minda saya perlu diperhebatkan dulu, buat persediaan dan mencari kaedah termudah untuk memudahkan mereka memahami.

Mujur suami ada belikan kertas putih semacam whiteboard, saya tampal didinding tengah rumah.


Hari ini kita belajar subjek Matematik. Saya ajar sub topik yang boleh merangkumi minda anak darjah 2 dan 5. Wahh! Bukan senang. Kenapa?
Sebab, saya kena mereka serentak. Sat lagi ada yang cakap saya pilih kasih pula. Mencabar kan? Untuk mengambil hati n minat mereka bukan perkara mudah.

In shaa Allah, bantuan dari media masa banyak kan? Saya kena berusaha untuk mereka. Hanya 3 ni sahaja permata yang Allah kurniakan buat saya dan suami.

Cuma bila mengajar sendiri, waktu tu fleksibel. Dan ada masa belajar sambil siapkan kerja sekolah.
Ya Allah, berkatilah usahaku ini. Kurniakan aku kaedah terbaik dalam mendidik mereka. Lapangkan dada dan minda anak-anak ini agar mudah mengingat dan memahami segala ilmu yang mereka perolehi. Aamiin Ya Rabbal Alamin.

Maziana Zainal

Kek Budget RM 18

Kek Budget RM 18
Teks: Noormaziana Zainal Abidin
puanmazianazainal@gmail.com

www.mazianazainalabidin.blogspot.com

Wah, pengusaha kami sedang menawarkan Kek Budget serendah rm18 sebiji. Bersaiz 6 inci dan mempunyai 3 perisa ( laici, oreo dan butterscoth) sebagai permulaan.

Menyasarkan 100 biji kek sahaja untuk bulan Febuari ini. Anda yang kekurangan budget untuk membeli kek, bolehlah segera menghubungi kami tau.

Setakat ini hany berbaki 20 biji sahaja. Ada contoh tak kak? Ada.


Butterscoth

Oreo

Laici

Gambar ini berukuran 8 inci tetapi yang kami tawar adalah 6 inci tau. Kecil sikit dari gambar ini.

Kek dianggarkan siap pada 26 Febuari ini dan anda dikehendaki mengambilnya dilokasi yang telah kami tetapkan. Di Petronas Tesco Ampang.

Dek kerana kek ini dari fresh cream, ia mudah cair. Jadi, anda kena cepat....
Sedap tau kek ni, rugi tak rebut peluang ini.

Anda boleh hubungi saya di talian 0163961956. Saya menunggu anda.
Stok adalah terhad. Pat pat siku lipat, siapa cepat dia dapat.

Maziana Zainal
Bisnes Sejuk Beku (Frozen Food)

Thursday 9 February 2017

Kek Keju Mangga Meleleh

Kek Keju Mangga Meleleh
Teks: Noormaziana Zainal Abidin
puanmazianazainal@gmail.com

www.mazianazainalabidin.blogspot.com

Siapa tak kenal buah mangga, memang rugi? Mak saya penggemar tegar tau. Dulu masa suami nak datang merisik, dia tanya saya apa yang mak suka. Banyak tau dia belikan buah mangga tu, nasib baik manis. Tersenyum mak makan, pandai bakal menantu dia pilih buah. Hahahaha

Tapi bukan nak cerita pasal kisah lampau tau. Nak bagitau, sekarang Chef Sanif dah keluarkan kek terbaru perisa mangga. Diberi jolokkan nama " Mango Yoghurt".

Dibuat dari Mangga India dan Amerika Yoghurt. Woww! Bakkata orang, terbaik dari ladang. Nak tengok rupa dia? Kasi tutup dulu mulut tu, saya bimbang anda meleleh nanti.



Haa, tu dia. Nampak sedap kan? Teringin?
Jomlah masuk order sekarang, setiap minggu pasti habis. Bak kata pelanggan kami ni, sebekas dia seorang je makan. Emm..



Mana telefon bimbit anda? Cepat klik nombor ni 0163961956. Saya tunggu tau.

Maziana Zainal Abidin
Bisnes Sejuk Beku

Kek Pandan Berkeju Meleleh

Kek Pandan Berkeju Meleleh
Teks: Noormaziana Zainal Abidin
puanmazianazainal@gmail.com

www.mazianazainalabidin.blogspot.com



Hai semua, salam Sabtu.
Hari ini saya belanja anda dengan Kek Keju Meleleh Chef Sanif perisa Pandan.
Minggu lepas saya dapat order dari seorang penggemar tegar Kek Pandan ni. Kenapa saya kata peminat tegar?
Kebetulan stok saya habis dan saya tawaran perisa lain. Dia tidak mahu, katanya "Saya hanya suka perisa pandan je sis". Haa...kan tegar namanya.

Minggu lepas saya telah buat 3 kali belian, semuanya kerana ingin memenuhi permintaan pelanggan. Tahu tak, pelanggan tegar tadi tempah berapa? Sekali dia minta 10 bekas dan semuanya Pandan. 😍

Sebetulnya, saya juga penggemar pandan. Rasa lemak keknya dan limpahan kejunya memang sangat "awesome" bak kata orang putih, terbaik.
Kak, keju melimpah tu tak muak ke?
Ya Allah, memang tak muak tau. Bayangkan sebekas besar tu, boleh pulun seorang.

Sahabat saya ada membeli juga, digelarnya kek aiskrim. Hahaha, macam-macam gelaran kek ni. Tak mustahillah Chef Sanif bagi kata keramat tentang kek ni, " Rasa Kek, Rasa Aiskrim".
Mahukan rasa macam aiskrim, simpanlah tempat ais pada suhu maksimum. Nanti dah beku, keluarkan dan makan terus.
Tetapi jika mahukan keju yang meleleh, biarkan pada suhu bilik sampai ia mencair.

Ada 1 perisa ke kak?
Taklah, ada 10 perisa. Semuanya sedap belaka. Nanti saya cerita satu persatu tentang rasanya yea.

Berminat?
Boleh terus berhubung di talian 0163961956

Maziana Zainal
Bisnes Sejuk Beku (Frozen Food)

Sunday 5 February 2017

Mee Kari

Mee Kari
Teks : Noormaziana Zainal Abidin
puanmazianazainal@gmail.com

www.mazianazainalabidin.blogspot.com

Penangan nak makan mee kari. Dah seminggu keluar dari hospital, tak jumpa orang jual mee kari.
Hajat nak memasak sendiri, dari hari ke hari. Tak menjadi kerana bahan tak ada. Aduhai, macam mana ek?

Bercadang dengan suami, kita pergi hari ni ke Tesco Ampang. Hati si along berbunga-bunga. Kalau ke sana, bukan setakat mee kari yang jadi idaman mereka adik beradik tetapi agenda kiosk menjual mainan.

Duduk sibuk membantu mengangkat pasu bunga di kebun yang sekangkang kera itu, tiba-tiba semput pun menyerang. Muka si along dah mula monyok.

Nasi putih dah masak, cuma lauk masih dalam perhitungan minda. Apa nak masak ye? Fikir. Fikir. Fikir lagi.

Terciptalah idea nak masak kari ikan. Mana tahu kalau sedap, boleh makan sebagai kuah mee kari. Haa? Tak percayakan?

Hahaha, memang menjadi tau. Kari ikan untuk dimakan bersama nasi putih atau mee manggi yang telah direbus.
Awalnya mee manggi tu saya buat untuk si along, sekali kami semua makan. Sian nasi tak berusik.

Tahu tak? Memang sedap. Puji dirilah, siapa lagi mau puji kan. Lega dapat tunaikan hajat si along. Berbaloi juga idea di saat akhir.

Tak pernah buat mee kari versi ikan ke? Cubalah, sedap. Sesuai bagi yang makan ayam, daging dan makanan laut.
Saya guna ikan tenggiri. Buat mee sup pun sedap tau.

Maaf takde gambar, tak sempat nak tangkap. Habis sudah.


Maziana Zainal

Cara Membuat Bayaran

Cara Membuat Bayaran

Bayaran Secara Tunai
Boleh dibuat secara tunai JIKA :
COD - Cash On Delivery @ Datang ambil di lokasi saya.

Bayaran Secara Bank-In
Deposit tunai @ pindahan ke akaun

Maybank - 106099007474
CIMB - 7602560481
"Noormaziana Zainal Abidin"

Email ke : mazianashoppe@gmail.com

Selesai semua bayaran, sila sahkannya.
Sila hantarkan bukti bayaran anda di 0163961956

Terima Kasih.




Cara Membuat Tempahan

Cara Membuat Tempahan

Data Anda
Nama:
Alamat:
No Telefon:

Produk - Nyatakan Pilihan Anda
1.Kek Keju Meleleh Chef Sanif

  • Vanila
  • Pandan
  • Lemon 
  • Coklat
  • Strawberi
  • Oreo
  • Tiramisu
  • Red Velvet
  • Belgian Indulge
  • Mango Yoghurt

2.Kek Coklat Meleleh Umieaisyah

  • Almond Choc
  • Choc Moist
  • Hershey Choc

3.Kuih Frozen

  • Karipap Kentang
  • Karipap Ikan (Temosa)
  • Roti Sosej
  • Kek Batik Meleleh


Hantar Ke 0163961956


Kek Keju Meleleh Terlaris DiPasaran

Kek Keju Meleleh Terlaris DiPasaran
Teks: Noormaziana Zainal Abidin
puanmazianazainal@gmail.com

www.mazianazainalabidin.blogspot.com

Minggu ini sahaja, saya berjaya membuat belian semula stok Kek Keju Meleleh Chef Sanif.

Wow !! Seronok tau. Saya terpaksa membuat 3 trip tempahan dan dalam tempoh itu juga, stok makin berkurangan.
Tahu tak, berapa banyak stok yang tinggal saat saya menulis ini? Hanya 9 bekas sahaja.

Saya dibantu oleh seorang runner yang amanah, Bro Fauzi. Dia membantu saya membuat penghantaran ke seluruh kawasan di Kuala Lumpur dan Selangor.

Sekarang pelanggan saya tak perlu risau untuk mendapatkan Kek Keju Meleleh yang sangat sedap ini. Hanya buat panggilan atau pesanan ringkas ke talian 0163961956.


Friday 3 February 2017

Usaha Dan Ikhtiar

Usaha Dan Ikhtiar
Teks: Noormaziana Zainal Abidin
puanmazianazainal@gmail.com

www.mazianazainalabidin.blogspot.com

Sama tapi tak serupa. Bila kita gabung usaha dan ikhtiar, impaknya nampak lebih power.
" Ye, saya akan usahakan."
" Saya tengah ikhtiarlah ni."
" Saya akan usaha dan ikhtiarkan."

Nampak tak beza semangat ayat tu?Hihihi....Mari belajar Bahasa Melayu.

Hari ni saya gembira sangat sebab anak yang sakit tu, dah mula pergi sekolah. Memang nampak tahap lesu dia.

Si ayah pun semalam dah mula nak demam. Yelah, pesakit macam ayahnya mudah dijangkiti penyakit.

Hati dah mula rasa tak tenang, kalau lah keduanya sakit. Subhanallah.
Mujur ada beli krim dari seorang sahabat lama saya. Saya sapukan pada kedua tapak kaki suami dan anak. Terlena mereka tidur malam tadi. 

Pagi ni mereka bangun pun tiada masalah. Kelesuan saya juga dah pulih sepenuhnya. Badan pun ringan je.
Asalnya kurang yakin. Apa tidaknya, main calit-calit je. Haa, calit-calit je?
Yea, calit kat nadi dan tempat tertentu sahaja. 

Tahu tak apa terjadi? Malu nak cerita. Terkentut-kentut saya tengah tidur. Bangun pagi, badan rasa ringan dan segar je.

Masa jaga anak sakit. Memang tak cukup tidur, pening dan berat je rasa badan. Lepas mandi, saya calit-calit je. Terasa ada energi walaupun hakikat letih sangat.

Dah calit-calit tu, diwajibkan kan minum air kosong 3 liter. Kenapa?
Oo, untuk memudahkan proses penyembuhan. Memudahkan detoksifikasi. Ewah, macam pegawai pemasaran tak?

Foto Dari Facebook : Women Desiree (Pencuci Hygiene dan Krim)

Benda yang baik, kita kongsi bersama. Inilah ikhtiar dan usaha saya untuk membaikpulih sistem hormon badan. Bukan sekadar untuk saya, malah untuk keluarga.

Bak kata suami, "Ibu kena sihat tau. Ibu kena jaga kesihatan. Abang dan anak-anak susah kalau ibu sakit tau."

Nampak tak? Power kan surirumah macam kita. Kitalah tulang belakang dalam rumahtangga.
Betul ke betul?

Apa-apa jelah, janji kita bahagia hingga ke Jannah. In shaa Allah.
Sempena hari ini hari Jumaat, jom kita berdoa.

" Ya Allah Ya Tuhanku, Berikanlah Kami Kejayaan Di Dunia dan Di Akhirat. Limpahilah Kami Rezeki Yang Tak Pernah Putus. Berkatilah Segala Amalan, Ibadah dan Urusan Kami. Lindungilah Kami. Peliharalah Kami."

"Ya Allah Ya Tuhan Kami, Ampunilah Dosa-Dosa Orang Tua Kami, Mertua Kami, Diri Kami, Suami Serta Anak-anak Kami. Lorongkan Kami Ke SyurgaMU Tanpa Dihisab. Bimbinglah Kami Ke Arah Kebaikkan, Agar Kami Terhindar Dari KemurkaanMU Dan Dijauhi Dari Azab Kubur Dan NerakaMU."

Aamiin Ya RabbalAlamin.


Maziana Zainal


Bisnes Online ~ Seronok

Bisnes Online ~ Seronok
Teks: Noormaziana Zainal Abidin
puanmazianazainal@gmail.com

www.mazianazainalabidin.blogspot.com


Walau diuji Allah, bisnes tetap kena teruskan. Jangan jadikan ia alasan untuk menjatuhkan semangat juang anda.

Kerja berpasukkan, itu yang mendorong jualan kami. Setiap minggu kami akan menambah stok. Dan biasanya, stok sentiasa tidak mencukupi.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Kek Keju Meleleh Chef Sanif dan Kek Coklat Meleleh Umieaisyah mula mendapat tempat dihati pelanggan kami. Semuanya memuaskan hati mereka.

Kerana tak mampu bekerja sendiri, kami membuka peluang kepada anda diluar sana untuk sertai kami. Jangan lagi menunggu dan terus melihat. Anda harus bergerak nekad. Pecahkan tembok malu, ragu-ragu dan alasan yang pelbagai versi.

Setiap minggu, ada tempahan. Setiap minggu kami menunggu anda untuk bersama kami.
Terokai daerah anda dengan produk kami.

"Sis, kat sini dah ramai jual?"
"Kalau dah ramai jual, mengapa anda cari saya yang jauh dari anda?"

Nampak tak?
Nampak apa sis?
Nampak tak, masih ada ruang kosong di situ. Kalau tiada kekosongan, mengapa anda hubungi saya yang jauh dari anda. Anda isikan ruang itu. Mungkin ramai macam anda, masih tercari-cari.

Kadang-kadang pelik dengar alasan macam tu kan. 

Rezeki itu Milik Allah.
Kita mohon dariNYA.
In shaa Allah, ada rezeki buat kita.

Saya menanti anda, sila hubungi saya 0163961956

Akan datang, Kek Batik Meleleh.


Maziana Zainal
Bisnes Sejuk Beku (Frozen Food)
 Kek Coklat Meleleh Umieaisyah
 Kek Batik Meleleh By Maziana Zainal
Kek Keju Meleleh Chef Sanif

Trauma Kena Ambil Darah

Trauma Kena Ambil Darah
Teks: Noormaziana Zainal Abidin
puanmazianazainal@gmail.com

www.mazianazainalabidin.blogspot.com

Isnin yang lalu, anakanda saya telah dimasukkan ke wad di Hospital Ampang kerana demam yang mencecah 3 hari. Ditambah cirit-birit, muntah dan kekeringan air dalam badan.

Sebelum itu, anak demam dan sering meracau masa tidur. Bila disentuh tubuhnya, panas taklah seberapa. Dia pula mengadu kesejukkan.
Orang cakap kalau terlalu panas, seseorang mudah meracau-racau.

Malam tu dia mengadu tak tahan sakit dada sangat. Langkahnya lesu. Saya nekad membawanya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. 

Tak bawa ke klinik ke?
Saya ada bawa ke klinik tapi doktor cakap, demam biasa sahaja dan hanya telan ubat. Disebabkan ubat pun tak berfungsi, maka keputusan ke hospital dibuat.

Almaklum, suami baru lepas dialisis. Saya tak nak dia terbeban dek menunggu lama di hospital bersama 2 lagi hero kami, saya berhasrat untuk pergi berdua dengan anak yang sakit.

Sampai dikecemasan, saya mendapat borang biru. Mengapa biru? Biasa hijau. Semasa saringan dibuat, doktor menyuruh terus ke zon kuning. Alamak, kenapa ni? Serius sakit anak saya?

Dek kerana kurang air dalam badan dan darah menjadi berasid. Maka,proses untuk mengambil darah menjadi sukar. Terjerit-jerit anak menahan sakit. Lepas satu tempat ke satu tempat yang lain. Ya Allah, hati ibu ini hanya mampu melihat dan menahan jeritan anak.

Malam itu, anak dimasukkan air sebotol di kecemasan dan sebotol diwad. Pertama kali anak bermalam di hospital.
Lena sungguh dia tidur, berdengkur kuat. Mungkin sebab kepenatan 2 hari tak dapat tidur lena.

Trauma 4 pagi
Misi mengejutkan kami, untuk ambil darah anak. Anak melihat jarum, dia menjerit. 
"Ibu, tolonglah saya. Sakit ibu."
" Oo..tak sakit dah. Ni doktor pandai cari urat, sekejap je."

Anak pun menghulurkan tangannya. Masya Allah, masih sukar untuk dapatkan tempat yang betul. Jarum dicucuk dan digerak-gerakkan dalam lengan anak. Ya Allah, sedihnya hati saya. Redha demi melihat anak sihat.

Lepas kanan, kiri pula. "Ibu, tolonglah saya. Sakit sangat ibu." Mahu sahaja saya minta doktor berhenti. Azabnya saya tengok. Sedangkan kita yang besar pun rasa sakit, inikan budak umur 11 tahun.

Sesudah itu, saya memelukkan anak sambil bawa masuk ke wad. Maafkan ibu sayang, ibu tahu sakit. Takpe, nanti ibu sapu-sapu sampai sayang ibu tidur yea. Menitik airmata seorang ibu yang tadinya cuba bertahan.

Keesokkannya, anak dibenarkan pulang walaupun kondisinya masih lemah. Alhamdulillah.

Sehingga sekarang bila sebut kena ambil darah, anak akan menjerit dan menangis. Tolonglah, saya trauma kejadian pukul 4 pagi tu. Memang kekadang dia menjerit dalam tidur.


Maziana Zainal